PKPB Tamat Lebih Awal Jika Lekuk Jangkitan Covid Diratakan – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri akan ditamatkan lebih awal jika negara usaha meratakan lekuk penularan dan jangkitan Covid-19 berjaya dicapai.

Memetik laporan BH, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tempoh pelaksanaan PKPB di negeri terbabit sehingga 6 Disember ini, boleh dipendekkan jika lekuk penularan Covid-19 mampu diratakan.

Dr Noor Hisham berkata, jika lekuk itu diratakan bermakna tempoh PKPB boleh ditamatkan dalam masa dua minggu sahaja.

Menurut beliau lagi, terdapat petanda positif apabila kadar jangkitan dilihat semakin menurun termasuk kes di Sabah yang kini menurun kepada 370 kes hari ini.

“Kita mencadangkan PKPB berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan penilaian semula kerana ia cara terbaik untuk menyeimbangkan antara ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita dapat meratakan lekuk, mungkin dalam dua minggu boleh tamatkan PKPB walaupun jangkaan adalah empat minggu.

“Justeru, semua pihak harus patuh terhadap saranan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk duduk di rumah kerana ia mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat