Benarkan pencarum keluarkan duit KWSP secara pukal kata Azeez

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kerajaan diharap dapat membenarkan pengeluaran maksimum RM6,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara pukal dan tidak terhad kepada pencarum yang hilang pekerjaan sahaja.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau memahami pengeluaran bersasar yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah demi kebaikan jangka panjang KWSP.

Namun, menurut beliau, masih terdapat beberapa lagi golongan yang sangat terdesak untuk mendapatkan belanja bulanan seperti pekerja yang diarahkan cuti tanpa gaji dan mereka yang dipotong gaji.

“Selain itu, pekerja yang dikurangkan tempoh masa kerja sekaligus mengurangkan pendapatan bulanan mereka.

“Termasuk juga individu yang telah berhenti kerja sebelum pandemik bagi memulakan perniagaan tetapi kini menghadapi kewangan yang meruncing akibat situasi ekonomi yang malap,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya.

Menurut Azeez KWSP mampu untuk menimbangkan tambahan pengeluaran daripada kategori-kategori rakyat yang memerlukan.

“Sekiranya perlu, KWSP boleh mengehadkan jumlah pengeluaran melalui peratusan simpanan yang ada bagi mengelakkan masalah pencarum di hari tua.

“Saya percaya pada akhirnya kerajaan akan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat dan menjadikan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan negara.

“InshaAllah, suara-suara rakyat ini adalah tanggungjawab dan amanah buat kami ahli parlimen BN kumandangkan di Dewan Rakyat kelak,” katanya lagi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat