Kerajaan Sarawak hulur sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas korban nahas helikopter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sarawak meluluskan sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terkorban dalam insiden nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Selasa lalu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan berkenaan turut meliputi pembiayaan yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah.

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Menurut beliau, kos pendidikan tersebut akan ditanggung sepenuhnya menerusi pengurusan Yayasan Sarawak.

Katanya, sumbangan itu merupakan bentuk penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap jasa serta pengorbanan petugas berkenaan ketika menjalankan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Kerajaan Sarawak merakamkan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa atas kehilangan insan tersayang,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Abang Johari turut mendoakan agar seluruh waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat