Ratu Elizabeth II Mangkat

- Advertisement -

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Barmoral, Scotland, pada Khamis.

Baginda adalah pemerintah paling lama dalam sejarah moden.

Terdahulu, ahli keluarga Diraja Britain, bergegas pulang apabila doktor Ratu Elizabeth II menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan baginda yang dalam pengawasan perubatan.

Istana dalam kenyataan berkata, berdasarkan penilaian pagi tadi, doktor mengambil berat kesihatan baginda serta menjelaskan ratu stabil dan berada di Balmoral.

Dengan kemangkatan baginda, bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.

Manakala jadual siaran televisyen dan radio akan dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat