Ismail Sabri jangan tiru Mahathir bubar Parlimen lepas bentang bajet tanpa bahas, nasihat Kit Siang

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinasihatkan untuk tidak mencontohi pembubaran Parlimen pada 1999 ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nasihat itu disuarakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang kerana katanya tindakan bekas Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2000 disifatakan sebagai buruk dan salah.

“Ismail Sabri tidak patut mencontohi langkah pembubaran Parlimen 1999 yang buruk dan salah. Di mana Parlimen dibubarkan selepas Belanjawan 2000 dibentang tetapi ia diluluskan Dewan Rakyat tanpa dibahas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Veteran DAP itu berkata demikian mengulas berkenaan topik perbualan yang hangat diperkatakan mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan?

Kit Siang mendakwa terdapat satu teori yang mengatakan yang Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh sebulan selepas Bajet 2023 dibentangkan kepada Parlimen pada 7 Oktober 2022 tetapi sebelum Bajet ini diluluskan.

“Tidak ada apa-apa perkara yang boleh menyekat Perdana Menteri, Ismail Sabri, daripada menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong daripada membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU-15 selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.

“Namun perkara ini tidak patut dibuat dan akan menjadi contoh buruk seorang Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya,” nasihat Kit Siang.

Jelas beliau, situasi ini pernah berlaku sekali sebelum ini, selepas Bajet 2000 dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 29 Oktober 1999, Parlimen dibubarkan semasa perbahasan bajet ini sedang berlangsung pada 10 November 1999, dan bajet ini tidak dapat diluluskan oleh sidang tersebut.

“Saya masih ingat hari tersebut, hari Selasa dan hari keenam perbahasan Bajet 2000, di mana Ahli-ahli Parlimen tidak berminat untuk membahaskan bajet tersebut kerana ura-ura sudah berlegar bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari tersebut.

“Saya masih ingat saya bertanya kepada Timbalan Speaker yang mempengerusikan majlis sebelum majlis berehat untuk makan tengahari pada 10 November 1999 sama ada Parlimen akan dibubarkan pada hari tersebut, dan Timbalan Speaker ketika itu yang kini menjadi Yang di Pertua Negeri Sabah mengatakan yang dia tidak tahu.

“Apabila Dewan Rakyat bersidang semula selepas waktu makan tengahari pada jam 2:30 petang, Speaker mengumumkan bahawa dia telah dimaklumkan yang Parlimen telah dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong, dan perbahasan Bajet 2000 berakhir untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10).

“Perkara ini adalah satu contoh perkara buruk di mana Bajet dibentangkan kepada Parlimen tetapi Parlimen tidak diberikan ruang untuk membahas dan meluluskan bajet ini, sebaliknya dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum.

“Ismail Sabri tidak patut mencontohi perbuatan buruk seperti ini.

“Perkara ini merupakan satu bentuk salah guna kuasa Perdana Menteri dan sekiranya Ismail Sabri menasihat Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen selepas 7 Oktober, Yang di Pertuan Agong patut menasihati Perdana Menteri untuk membiarkan Parlimen membahas dan meluluskan Belanjawan 2023 terlebih dahulu, melainkan satu usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri disokong oleh Dewan Rakyat,” seru Kit Siang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat