BN Umum Calon Esok, Autonomi Penuh UMNO Sabah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Sabah akan diumumkan oleh Pengarah Jentera BN negeri itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 10 September ini.

Acara itu akan diadakan di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu, ramai individu yang layak, namun BN memilih yang terbaik untuk dijadikan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, UMNO Sabah diberikan kuasa autonomi untuk memilih calon mereka.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah menggesa jentera parti BN seluruh negeri itu bersatu hati jika mahu menang pada PRN ini. Jika berpecah belah peluang BN untuk merampas kembali kerajaan dari Warisan tidak akan berjaya.

Disamping itu, Bung berharap selepas pengumuman senarai calon, mereka-mereka yang tidak tercalon tidak lesu, merajuk dan mengambil keputusan luar jangka.

“Politik hari ini sukar diramal, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

“Tidak ada rugi jika kita bersatu padu, tidak ada untung jika kita berpecah belah”, ujarnya.

Beliau berharap semua jentera BN persiapkan diri, kerana musuh politik datang bermacam-macam, ada yang datang dari dalam dan luar.

“BN akan membuat tawaran baru kepada rakyat Sabah pada PRN kali ini, dan kita akan pastikan tawaran ini akan dilaksanakan jika BN menang pada 26 September ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah.

SPR menetapkan hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini akan diteruskan ia susulan kegagalan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diketuai Tan Sri Musa Aman mencabar kuasa Yang Dipertua Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Mahkamah Rayuan, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, SPR menetapkan beberapa tarikh penting bagi proses PRN Sabah selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.

Bagaimanapun, 33 ADUN itu bertindak mencabar keputusan Ketua Menteri melalui mahkamah.

Namun, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, PRN negeri Sabah akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat