Perkakas tepat

- Advertisement -

Kerjaya penyedia kandungan atau pembikin filem bebas memberikan peluang pendapatan yang lumayan khususnya untuk golongan profesional dalam aspek suntingan serta kesan khas video.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa proses penghasilan sesuatu kandungan khususnya berbentuk video itu memakan proses yang panjang dan rumit jika bergantung kepada perkakas suntingan biasa.

Penyedia kandungan atau pembikin filem juga berdepan pelbagai masalah gangguan atau ‘downtime’ khususnya ketika proses sintesis yang memerlukan keupayaan perkakas.

Sesuai dengan peredaran teknologi terkini, kebanyakan pembikin filem atau penyedia kandungan sudah mula merakam sesuatu projek dalam bentuk resolusi 8K untuk taburan warna serta terperincian lebih mendalam.

Fail video untuk resolusi berkenaan juga adalah besar dan masalah utama bagi penyedia kandungan kreatif dalam gangguan ketika proses suntingan itu dilaksanakan.

Bagaimanapun, keupayaan teknologi hari ini memungkinkan sesiapa saja dapat melakukan tugasan berkenaan hasil penggunaan perkakas keluaran Apple iaitu Mac Studios yang dilengkapi dengan ciri spesifikasi terkini.

Bagi pembikin filem, Nasri Lian melihat bahawa proses paling kritikal bagi seseorang penyedia kandungan atau kandungan kreatif adalah fasa akhir suntingan iaitu ketika ‘rendering’ kerana ia proses yang kompleks.

Menurutnya, jika menyentuh aspek proses pasca produksi yang tipikal, ia akan bermula daripada penyusunan kandungan kepada storan atau fail sebelum memasuki fasa penyuntingan luar talian.

“Dalam proses ini juga kita akan lihat atau masukkan beberapa kesan visual, bunyi sebelum melakukan suntingan audio manakala proses akhir adalah penggredan warna untuk menyesuaikan kandungan itu dengan tema dan kehendak.

“Sebelum ini, proses akhir itu saya akan buat secara semalaman kerana ‘rendering’ ini proses yang lama khususnya untuk fail yang besar dan mempunyai pelbagai suntingan kesan grafik, audio atau animasi.

“Adakalanya, proses berkenaan akan terhenti kerana gangguan ‘downtime’ ini dan perlu memulakan semula, ini adalah proses yang rumit, namun sejak saya menggunakan Mac Studios, saya tidak menghadapi banyak masalah,” katanya kepada #ITMetro, baru-baru ini.

 

KARIER penyedia kandungan atau pembikin filem bebas memberikan peluang untuk memperoleh pendapatan yang tinggi namun mempunyai tugasan yang rumit setiap kali menghasilkan kandungan.
KARIER penyedia kandungan atau pembikin filem bebas memberikan peluang untuk memperoleh pendapatan yang tinggi namun mempunyai tugasan yang rumit setiap kali menghasilkan kandungan.

 

Nasri berkata, dengan perkakas keluaran Apple ini iaitu Mac Studios, fasa akhir yang dilakukan semalaman itu boleh siap hanya dengan beberapa jam atau dalam tempoh 60 minit tanpa gangguan, sekali gus ini memberi kebebasan kepadanya untuk lebih kreatif dalam pembikinan sesebuah kandungan.

“Sebelum ini, ketika menggunakan desktop, saya banyak memikirkan aspek teknikal ketika suntingan dilakukan seperti kalau banyak gunakan kesan grafik adakah akan ganggu untuk proses akhir dan sebagainya.

“Sejak saya menggunakan Mac Studios, saya tidak memikirkan hal teknikal seperti itu, sebaliknya ia memberi kebebasan kepada saya untuk berkarya dalam kandungan yang dihasilkan.

“Proses akhir iaitu ‘rendering’ yang tidak mengambil masa lama juga memberikan saya lebih masa untuk memberi penekanan kualiti dalam sesebuah kandungan,” katanya.

Menurutnya, penyedia kandungan yang mahukan paparan dengan taburan warna realiti juga boleh menggunakan padanan skrin Pro Display.

“Untuk sesebuah karya kreatif yang baik, perkara paling utama kita titikberatkan adalah kualiti warna sebab itu dalam proses akhir kita lakukan penggredan warna untuk memberikan ‘look’ atau wajah kepada karya yang dihasilkan.

“Mungkin jika menggunakan skrin paparan biasa, kita akan melihat warna yang tidak begitu persis dengan realiti, sekali gus ia akan mengganggu kualiti sesebuah video berkenaan.

“Saya amat titikberatkan soal kualiti ini dan sepanjang menggunakan padanan Mac Studios dan Pro Display ini, saya mampu meningkatkan kualiti sesebuah karya yang dihasilkan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat