Risiko dua kali ganda lebih tinggi dijangkiti COVID-19 jika tidak divaksin

- Advertisement -

WASHINGTON: Individu tidak divaksin berisiko dua kali ganda lebih tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding penerima lengkap vaksin dua dos.

Data itu adalah berdasarkan kajian dijalankan Pusat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Agensi itu menjelaskan, dapatan terbabit menyokong saranannya supaya semua individu yang layak diberikan suntikan vaksin COVID-19 tanpa mengira status jangkitan SARS-CoV-2 terdahulu.

Beberapa ahli politik AS termasuk Senator Rand Paul sebelum ini pernah berkata mereka tidak merancang untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana mempunyai imuniti semula jadi yang terbentuk susulan dijangkiti coronavirus.

Kajian baharu itu dijalankan terhadap 246 responden golongan dewasa yang pernah dijangkiti semula pada Mei dan Jun tahun ini, selepas dijangkiti COVID-19 pada 2020.

Responden berkenaan dibandingkan dengan 492 ‘responden perbandingan’ yang dipadankan mengikut jantina, umur dan ujian positif sebelum ini.

Analisis berkenaan mendapati individu tidak divaksin berdepan 2.34 kali ganda risiko dijangkiti semula berbanding individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin Pfizer, Moderna atau Johnson & Johnson (J&J).

Tempoh imuniti semula jadi yang diperoleh susulan jangkitan coronavirus pula tidak dapat difahami dengan baik dan mungkin tidak lagi relevan berikutan kemunculan varian baharu.

Sebagai contoh, kajian makmal menunjukkan sampel darah daripada individu yang sebelum ini dijangkiti varian asal COVID-19 dari Wuhan memiliki tindak balas antibodi rendah terhadap varian Beta yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.

Salah satu kekurangan kajian itu adalah ia dijalankan sebelum varian Delta menjadi virus dominan di AS.

BERITA HARIAN – AFP

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat