Bas Terhumban Dari Tebing, 15 Terbunuh

- Advertisement -

BALIKESIR: Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 17 lagi cedera dalam nahas jalan raya di barat Turki pada Ahad.

Menurut kenyataan pejabat gabenor wilayah Balikesir, kejadian pada jam 4.40 pagi waktu tempatan itu melibatkan sebuah bas persiaran terbabas lalu terhumban dari tebing.

11 individu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara empat lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Mangsa cedera pula dikejarkan ke lima hospital berdekatan dan kini sedang menerima rawatan.

Bas berkenaan, milik syarikat pelancongan Efe Tur, dikatakan dalam perjalanan ke Izmir dari Zonguldak apabila ia terbabas, lapor agensi berita Anadolu.

Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat