PPBM Bahagian Kota Raja Nafi 500 Ahli Keluar Parti

- Advertisement -

SHAH ALAM – Itu tidak benar, kata Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu / PPBM) Bahagian Kota Raja, Wan Dzahanurin Ahmad mengenai dakwaan 500 ahli Bersatu Bahagian Kota Raja yang didakwa keluar parti hari ini.

Wan Dzahanurin berkata, jumlah tersebut meragukan sebaliknya beliau mendakwa ia hanya membabitkan sebilangan kecil ahli.

“Apabila dikatakan 500 ahli Bersatu Kota Raja keluar, saya nak tanya, dari mana datangnya 500 ahli ini. Sehingga kini tidak ada sebarang surat rasmi yang diterima saya berhubung perkara berkenaan.

“Bagi saya, ini dakwaan semata-mata. Sesiapa sahaja boleh nyatakan jumlah, tapi secara rasminya, tidak tahu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Wan Dzahanurin berkata demikian merujuk kepada tindakan ahli dan Bersatu Bahagian Kota Raja yang mengadakan sidang akhbar di Taman Sri Muda di sini hari ini untuk mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Salah seorang ahli, Shahul Hameed Abdul Wahab yang merupakan jurucakap kepada kumpulan tersebut turut mendakwa 500 ahli Bersatu bahagian terbabit meninggalkan parti hari ini.

Sementara itu, Wan Dzaharurin berkata, Bersatu Bahagian Kota Raja tidak dibubarkan seperti yang digembar-gemburkan.

“Agak lucu apabila sesiapa saja dengan mudah boleh bercakap mengenai pembubaran sedangkan yang layak mengisytiharkan pembubaran Bahagian hanyalah Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti yang tertulis dalam perlembagaan parti.

“Sebagai Ketua Bersatu Bahagian Kota Raja yang sah, saya menafikan kenyataan tersebut. Mereka boleh keluar daripada parti tetapi mereka tidak boleh membubarkan Bahagian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat