KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah dan seorang Exco kerajaan negeri, meletak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Utusan di Kangar melaporkan, menurut sumber dalaman Bersatu, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Bersatu pusat.
Bagaimanapun kata sumber itu, Abu Bakar masih mengekalkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri.
Sumber memberitahu, manakala, Exco kerajaan negeri berkenaan, Datin Marzita Mansor pula turut mengekalkan jawatan Exco Srikandi Bersatu.



