PENA Bimbang Sidang Parlimen Cetus Peningkatan Kes Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menzahirkan kebimbangan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembukaan sidang Parlimen yang dijadual pada 26 Julai ini akan meningkatkan risiko kes Covid-19.

Presidennya, Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata, hal ini kerana persidangan Parlimen melibatkan orang ramai berada di Dewan Rakyat.

“Patik dan kepemimpinan organisasi patik (PENA) berasa sangat gusar apabila sidang Parlimen yang dijadualkan pada 26 Julai 2021 akan meningkatkan risiko kes Covid-19 kerana bukan sedikit mereka yang berada di Parlimen kelak.

“Sebagaimana yang diketahui, ketika Darurat bermula 12 Januari 2021, kes Covid adalah sebanyak 3,309, manakala pada hari ini, 9 Julai 2021, jumlah kes meningkat kepada 9,180.

“Perhimpunan yang besar itu dibimbangi akan mencetuskan rangkaian jangkitan baharu. Sehubungan dengan itu, patik sekalian tidak rela Duli Tuanku dikaitkan dengan peningkatan kes yang berpunca daripada pembukaan Sidang Parlimen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Untuk rekod, Parlimen akan bersidang secara hibrid perkara itu dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini.

Bagaimanapun, satu Sidang Khas Parlimen dijadualkan tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bukan itu sahaja, seramai lebih 400 petugas Parlimen mula divaksin 30 Jun sebagai persediaan persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang akan ditentukan tidak lama lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program pemberian vaksin ini dimulakan demi memastikan kakitangan Parlimen mendapat perlindungan daripada penularan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat