Nilai Jualan Sektor Perkilangan Meningkat 19.1 Peratus Pada Mei 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada bulan Mei 2020 melonjak 19.1 peratus kepada RM90.2 bilion berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagaimanapun, nilai jualan ini mencatat pertumbuhan negatif yang lebih kecil 19.8 peratus berasaskan tahun ke tahun.

“Berasaskan bulan ke bulan, berikutan pembukaan semula hampir kesemua sektor ekonomi pada 4 Mei 2020 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), subsektor yang berkembang pada kadar yang lebih pantas adalah Produk Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain (131.2 peratus), Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas & Produk Logam yang Direka (64.2 peratus) dan Produk Peralatan Elektrik & Elektronik (27.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, berasaskan tahun ke tahun, penguncupan nilai jualan pada bulan Mei 2020 adalah disebabkan oleh penyusutan dalam Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas & Produk Logam yang Direka (-46.8 peratus), Produk Kelengkapan Pengangkutan & PembuatanLain (-29.9 peratus) dan Produk Peralatan Elektrik & Elektronik (-19.9 peratus).

“Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Mei 2020 adalah seramai 2,175,145 orang, susut 2.8 peratus berbanding 2,237,256 orang pada Mei 2019,” kata beliau.

Beliau berkata, kandungan laporan itu juga menyatakan jumlah gaji dan upah yang dibayarberjumlah RM6,967.9 juta, turun sebanyak 3.9 peratus atau RM285.3 juta pada Mei 2020 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Pada masa yang sama, nilai jualan setiap pekerja menguncup sebanyak 17.5 peratus kepadaRM41,476 berbanding bulan yang sama tahun 2019. Sementara itu, purata gaji dan upahsetiap pekerja adalah sebanyak RM3,203 pada bulan Mei 2020,” tambah beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat