Mr. Big Kembali Gegar Malaysia Ogos Ini!

- Advertisement -

Kumpulan yang terkenal dengan lagu balada evergreen “To Be With You” dan “Wild World” ini kali terakhir mengadakan persembahan di Malaysia 6 tahun lalu pada 14 Oktober di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert Mr. Big The Big Finish 2023 In Kuala Lumpur kali ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Ogos ini bermula pada jam 8.00 malam.

Band yang ditubuhkan di Los Angeles pada 1988 ini dianggotai antara pemuzik ternama sehingga mendapat jolokan “supergroup.”

Mr. Big terdiri daripada penyanyi Eric Martin, pemain gitar Paul Gilbert, pemain bass Billy Sheehan dan pemain dram Pat Torpey.

Walau bagaimanapun, Pat telah meninggal pada tahun 2018 setelah menghidap Parkinson’s, tempat nya akan di gantikan oleh Nick D’Virgilio sepanjang siri jelajah kali ini.  Pada tahun 2017 Mr. Big menggunakan khidmat Matt Star sebagai pemain dram.

Biarpun rata-rata mereka kini di usia 50-an dan 60-an, namun persembahan mereka tidak mengecewakan malah berjaya menggegarkan arena dengan sajian muzik yang mantap dan bertenaga dari mula hingga ke akhir.

Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2002, namun disatukan semula pada tahun 2009 atas permintaan peminat dan mereka terus memperjuangkan lagu-lagu rock.

Mr. Big cukup diingati menerusi tiga album terawal iaitu Mr Big pada 1989, Lean Into It (1991) dan Bump Ahead (1993).

Daripada tiga album itulah terhasil lagu-lagu ‘evergreen’ mereka seperti Anything For You, Just Take My Heart, Green Tinted Sixties Mind, Wild World, Promise Her The Moon, To Be With You dan Alive & Kickin’.

Selain tiga album ini, Mr. Big turut tampil dengan album Hey Man pada 1996, Get Over It (1999), Actual Size (2001), What If…(2011) dan …The Stories We Could Tell (2014).  Setakat ini, Mr. Big telah mengeluarkan sebanyak 9 album studio.

Menggabungkan gaya muzik shredding bersama harmoni vokal yang hebat, Mr. Big telah mengubah pelbagai lagu hit seperti Alive and Kicking dan Just Take My Heart yang merangkumi genre rock yang lain seperti balad, metal dan blues rock.

Tiket untuk menyaksikan Mr. Big The Big Finish 2023 In Kuala Lumpur yang dijual antara RM258 sehingga RM700 boleh didapati menerusi https://www.myticket.asia.

 

https://msmusicscene.com/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat