“Keluar sekejap elok keluar terus saja”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Umno yang ‘keluar sekejap’ disarankan supaya terus keluar meninggalkan parti.

Jurucakap Umno Sabah yang juga Pengarah Komunikasi dan Strategik Umno Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman menegaskan, ahli Umno yang tinggal dalam parti hari ini sudah cukup untuk mempertahankan Umno.

“Kepada yang mahu keluar sekejap, keluar terus pun boleh dan tidak mengapa.

“Kerana kami masih ada mempertahankan Umno hari ini,” katanya pada sesi perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 pada Jumaat.

Datu Rosman juga menyatakan, beliau tidak bimbang soal golongan oportunis yang keluar melompat dari parti.

“Saya tidak tidak khuatir soal jumlah kita semakin sedikit kerana saya lagi bimbang soal kita yang sedikit ini berpecah dan tidak bersatu.

“Kerana saya yakin dan percaya tidak ada kejayaan di dunia ini dicapai dengan perpecahan,” ujarnya lagi.

Justeru bagi mendepani cabaran dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada masa akan datang pula, beliau berharap tidak berulang lagi episod pengkhianatan.

“Sebab itu hari ini saya berasa sedikit lega kerana ahli Umno yang ada pada hari ini tidak perlu melalui ujian dan eksprementasi lagi.

“Ahli Umno yang ada ketika ini pernah melalui era dominan sebagai sebuah kerajaan. 22 bulan sebagai pembangkang, 17 bulan sebagai sebahagian kerajaan dan kini menjadi pelengkap titik noktah kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Gemilang, kalah dan bangkit semula. Mereka yang ada di sini PAU 2023 inilah yang sanggup berkorban dan bergadai harta pastinya setia,” ucap beliau.

Keluar Sekejap podcast yang dikendalikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan yang masing-masing dipecat dan digantung daripada Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat