KUALA LUMPUR – Bahang pemilihan pimpinan tertinggi PKR kian membara apabila dua nama rakan karib iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sahaja tertera dalam sistem senarai calon yang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Jika sebelum ini desas-desus bertebaran kononnya jawatan nombor dua PKR itu bakal direbut tiga calon iaitu Rafizi, Nurul Izzah dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Meskipun tarikh tutup pencalonan tamat tengah malam ini namun, hanya Rafizi dan Nurul Izzah tampil sebagai calon.
Mungkin Saifuddin belum selesai Solat Istikarah dan bakal membuat pencalonan saat akhir.
Tidak mengejutkan, apabila posisi Presiden PKR yang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar sekali gus menjadi calon tunggal yang akan menang tanpa bertanding.
Manakala untuk jawatan Naib Presiden terdapat enam calon yang sudah menghantar pencalonan.
Mereka ialah Dr Sathia Prakash, R. Ramanan, Sim Tze Tzin, Chang Lih Kang, Abun Sui Anyit dan Hee Loy Sian.
Namun senarai calon ini akan bertambah sebelum tengah malam ini.