Jadikan Ulang Tahun UMNO Sebagai Medan Muhasabah Diri – Puteri UMNO Pulau Pinang

- Advertisement -

GEORGE TOWN, – Sempena ulang tahun ke-79 UMNO, Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang menyeru seluruh warga parti agar menjadikan detik bersejarah ini sebagai medan muhasabah diri bukan sekadar merayakan usia, tetapi menilai semula arah perjuangan dan peranan setiap sayap dalam memastikan kelangsungan parti.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri, Ameera Nadia Mohd Shafiee, berkata bahawa usia hampir lapan dekad bukan jaminan untuk kekal relevan jika parti gagal memahami denyut nadi semasa khususnya suara generasi muda.

“UMNO telah melalui fasa kegemilangan dan badai cabaran. Kini, kita berada dalam fasa membina semula kekuatan. Maka, ulang tahun ini seharusnya menjadi titik muhasabah buat semua dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Pergerakan Puteri memandang serius soal kelangsungan kepimpinan generasi muda, apatah lagi dengan tekanan dan cabaran semasa yang dihadapi wanita muda termasuk komitmen terhadap kerjaya dan keluarga.

“Memperkukuh pelapis kepimpinan bukan pilihan, tetapi satu keperluan mendesak. Jika kita gagal menyediakan ruang dan peluang untuk Puteri menyerlah, kita sedang mempertaruhkan masa depan parti sendiri,” ujarnya tegas.

Beliau turut menyeru kepimpinan UMNO agar lebih terbuka menerima pandangan serta harapan daripada sayap muda, khususnya Puteri, yang disifatkan sebagai “denyut nadi masa depan parti.”

“Suara Puteri perlu diraikan, bukan diketepikan. Hanya dengan keterbukaan dan keikhlasan dalam mendengar, kita mampu melakar legasi baru yang relevan dengan acuan zaman ini,” katanya.

Mengakhiri kenyataan, Ameera Nadia berharap agar ulang tahun UMNO ke-79 menjadi pemangkin untuk membetulkan haluan, menyuntik semangat juang, dan membina semula kepercayaan rakyat terhadap parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat