Prasarana diarah buat kajian terperinci kawasan risiko pokok tumbang di laluan rel – MOT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan (MoT) untuk menjalankan kajian mendalam berhubung kawasan berisiko mengalami insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel kendalian syarikat itu.

Menteri MOT, Anthony Loke, berkata Prasarana juga perlu mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi terbabit.

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga kawasan-kawasan persendirian, justeru kita tidak boleh sesuka hati masuk ke kawasan terbabit.

“Namun sebagai operator, kita perlu lebih proaktif dan saya meminta Prasarana membuat satu siasatan (kajian) lebih terperinci dengan melihat kawasan-kawasan berisiko ini, seterusnya berbincang dengan DBKL atau PBT berkaitan mengenai perkara itu, terutama di sepanjang jajaran membabitkan laluan Monorel serta Transit Aliran Ringan (LRT),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Erat Kasih MADANI dan Perhimpunan Bulanan MoT, di Putrajaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, Monorel dan LRT merupakan sistem pengangkutan yang lebih berisiko terdedah kepada insiden tidak diingini seperti pokok tumbang dan sebagainya, berikutan landasannya berada di tengah pusat bandar.

“Ia kerana kita punya sistem rel ini kebanyakannya rel bertingkat (above ground)… kalau di bawah tanah, itu tiada risiko begini, namun Monorel ini landasannya di tengah-tengah bandar raya.

“Memang penyelenggaraan pokok itu antara agenda utama… sebelum ini pun memang ada penyelenggaraan berkala tetapi dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti ini, kita perlu melipatgandakan tumpuan,” katanya memetik Bernama.

Selasa lalu, seorang lelaki maut dan dua lagi cedera apabila sebatang pokok tumbang ketika hujan lebat dan angin kuat lalu menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat