Polis Pahang Sudah Panggil 10 Saksi Kes Buli pelatih TUDM

- Advertisement -

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan sudah merakam keterangan enam suspek yang dipercayai terbabit dalam kes buli lima pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini suspek terbabit tidak ditahan tapi hanya dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setakat ini, kita sudah merakam lebih 10 keterangan daripada saksi, termasuk suspek dan mangsa, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

“Kita akan memanggil sebanyak mungkin saksi dalam kalangan pelatih dan penyelia untuk mendapatkan seberapa banyak keterangan berkaitan kes terbabit,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ramli menghadiri Perhimpunan Khas sempena pertukaran Ketua Polis Pahang, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, dekat sini.

Beliau ketika mengulas lanjut berkaitan kes itu berkata, pihaknya menjangkakan siasatan kes itu tidak akan mengambil masa lama berikutan ia berlaku di satu lokasi dan tidak membabitkan saksi bebas.

“Kes apa-apa pun, walaupun membabitkan penjawat awam, siasatannya tetap serupa kerana kesalahannya serupa.

“Sekiranya didapati ada elemen pelaku dikatakan melakukan kesalahan itu dan pada pendapat DPP (Timbalan Pendakwa Raya) perkara ini perlu dibawa untuk pertuduhan, kita akan teruskan.

“Kita nak ingatkan kepada semua pihak yang diberi kuasa, terutamanya dalam konteks pusat latihan supaya perkara seperti ini dapat dibendung.

“Kadang-kadang wujud persepsi bahawa benda seperti ini adalah satu ciri yang menjadi budaya,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan.

Kejadian terbongkar selepas keluarga seorang daripada mangsa tampil membuat laporan polis serta memuat naik ke media sosial Twitter.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat