Dakwa kerajaan tidak stabil, PH tubuh sembilan jawatankuasa baharu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bagi memperkukuhkan gerak kerja Pakatan Harapan, Majlis Setiausaha gabungan pembangkang itu mengumumkan penubuhan sembilan jawatankuasa bawah PH sempena ulang tahun ketiga sejak kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan bersama oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Datuk Hatta Ramli dan Anthony Loke Siew Fook, jawatankuasa-jawatankuasa tersebut turut ditubuhkan kerana situasi semasa negara dilihat semakin terjejas.

“Jawatankuasa-jawatankuasa ini bertindak akan meneliti dan menyediakan dasar-dasar Pakatan Harapan.

“Hari ini, kita lihat kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara. Dari segi politik, kerajaan ini kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil.

Tambah mereka: “Dari segi kesihatan awam, kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang-siurnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Akibatnya kesilapan demi kesilapan kerajaan ini menghantui kita: kompaun yang keterlaluan; amalan budaya ‘antara dua darjat’ berleluasa; SOP cacamarba lagi mengelirukan; darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik, malah keadaan menjadi semakin kritikal,” tegas ketiga-tiga pemimpin PH itu.

Kenyataan itu menambah, rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti Pakatan Harapan itu sendiri semakin kuat secara automatik.

Justeru, sembilan jawatankuasa ditubuhkan dengan dua daripadanya diketuai oleh pengerusi masing-masing, manakala bakinya akan diumumkan kelak.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan manakala Jawatankuasa Kesihatan pula diketuai Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Keanggotaan jawatankuasa juga mungkin melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang dilihat bersesuaian, serta beberapa jawatankuasa baharu akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Berikut senarai jawatankuasa baharu PH:

Jawatankuasa Pendidikan
Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam
Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai
Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin

Jawatankuasa Kesihatan
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor
Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching
Datuk Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut
Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi

Jawatankuasa Ekonomi
Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Jawatankuasa Keselamatan
Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani
Senator Liew Chin Tong

Jawatankuasa Gender
Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan
Chong Eng, ADUN Padang Lalang
Senator Aiman Athirah

Jawatankuasa Belia
Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru
Howard Lee, ADUN Pasir Pinji
Shazni Munir, Ketua Pemuda Pakatan Harapan

Jawatankuasa Kos Sara Hidup
Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang
Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat
Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin

Jawatankuasa Perundangan
Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang
William Leong, Ahli Parlimen Selayang
Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Jawatankuasa Mobilisasi
Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
Datuk Seri Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat