Dituduh Sogok Berpuluh Ribu Ringgit, Jamal Yunos Dipanggil Jawatankuasa Disiplin UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Umno pada Rabu, 12 April 2023 jam 2 petang untuk sesi pendengaran berhubung tuduhan perbuatan rasuah dan sogokan politik.

Sumber memaklumkan bahawa Jamal dituduh menyogok berpuluh ribu ringgit kepada Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar bagi tujuan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian itu.

Difahamkan, Jamal menyogok dalam jumlah RM1,000 hingga RM1,300 kepada para perwakilan.

Selain itu dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin Umno menyatakan Jamal menggunakan khidmat ejen sebagai perantara.

Didakwa sogokan RM1,000 membabitkan kejadian pada 17 Mac 2023 manakala RM1,300 pada 15 Januari 2023.

Surat tunjuk sebab yang lihat Suara.TV memaklumkan seperti berikut.

“Datuk Seri Jamal pada 17 Mac 2023 jam lebih kurang 6.15 petang telah melakukan perbuatan rasuah dan sogokan politik dengan memberikan RM1,000 kepada 12 penama yang menjadi Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar melalui ejen Datuk Seri yang bernama Kamaruddin Tahir supaya memilih Datuk Seri sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar pada pemilihan parti bagi sesi 2023-2026.

“Mereka semua telah diminta oleh Kamaruddin untuk membaca teks bacaan sumpah “Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, Wallahilazim Wabillahi saya akan mengundi Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai Ketua Bahagian dan semua senarai AJK Bahagian mengikut cai yang diberi”.

“Selain daripada diberikan wang tunai sebanyak RM1,000.00 turut diberikan satu beg perwakilan yang mana antara kandungan dalam beg tersebut adalah kad gantung perwakilan, cai dan juga sekeping ‘ passport’ @ kad jemputan.

“Ejen beliau, Kamarudin turut memaklumkan kepada mereka yang berkenaan bahawa passport @ kad jemputan tersebut boleh ditunaikan berjumlah RM2,000 selepas Datuk Seri Jamal disytiharkan menang sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar,” kata surat itu.

Difahamkan Lembaga Disiplin Umno menyatakan tindakan Jamal yang memberi sogokan melalui ejennya telah melanggar Perkara 5.1.2 dan Perkara 5.5.2 Tataetika Ahli Umno yang boleh dihukum dibawah Fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Situasi dan tawaran sama juga dilaporkan membabitkan sogokan RM1,300.

Ekoran daripada tuduhan-tuduhan berkenaan, Jamal dipanggil menghadiri satu sesi pendengaran oleh Lembaga Disiplin pada 12 April 2023 (Rabu), jam 2.00 petang, bertempat di Bilik Tribunal, Sekretariat Lembaga Disiplin Umno, Tingkat 7, Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur untuk pendengaran aduan dan membuat perakuan salah atau sebaliknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat