Ayah pilih tinggalkan kami sekali lagi – Syada Amzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Syada Amzah meluahkan kekecewaan terhadap bapanya, Datuk ND Lala menerusi surat terbuka yang dimuat naik di Instagram (IG), hari ini.

Menerusi hantaran itu, Syada atau nama sebenar, Nursyuhada Amir Hamzah, 25, mendakwa tindakan menulis surat terbuka dibuat berikutan kesukaran dihadapi untuk menghubungi bapanya yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara 1980-an itu.

“Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah.

“Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik.

“Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi,” coret Syada mengiringi empat keping foto dirinya dengan pelbagai gaya.

 

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi yang baru muncul dengan single Hasrat itu berkata, dia dan adik-beradik sudah lama menghidu hubungan bapanya, namun dengan segala pendedahan berlaku, ia ibarat sudah terang lagi bersuluh.

“Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas.

“Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya,” ungkap Syada.

 

Syada mendakwa tindakan menulis surat terbuka berikutan kesukaran menghubungi ND Lala.
Syada mendakwa tindakan menulis surat terbuka berikutan kesukaran menghubungi ND Lala.

 

Konflik rumah tangga ND Lala tercetus apabila isterinya, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya.

Pada hantaran sama dikemas kini semula, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, di sini, dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

Pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi untuk memfailkan perceraian terhadap[ ND Lala.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat