Semua AJK Bersatu Kudat letak jawatan, keluar parti serta-merta

KUALA LUMPUR- Seramai 19 ahli Bersatu Bahagian Kudat meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Badan Perhubungan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah Muhammad Affan Jumahat berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.

“Kami membuat keputusan atas sebab tidak selesa dengan pemecatan secara tergesa-gesa ke atas ramai wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian.

“Kami juga menolak sebarang usaha yang melanggar ketetapan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 12 Januari lalu untuk menangguhkan tindakan disiplin kepada ahli berkaitan kenyataan-kenyataan berkenaan Presiden Pengasas Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum tarikh itu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Affan yang juga Ketua Bahagian Kudat, berkata dengan peletakan jawatan dan pemberhentian 19 ahli, jawatan kuasa (JK) bahagiannya secara automatik terbubar.

Penjelasan itu dibuat dalam surat yang diberikan kepada Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertarikh 3 Mac, menurut BH.

Dalam surat itu yang meletak jawatan, termasuk Timbalan Pengerusi Tetap, Sainol Tanjilul; Timbalan Ketua Kudat, Zulkifli Nordin; Ketua Srikandi, Rainah Sakout; Setiausahanya, Suaimi Suliman, Bendahari, Kalintong Tandok dan Ketua Penerangan Kudat, Rojinal Mandawai di samping 11 AJK.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat