PKR sahkan Tamim Dahari mohon sertai parti, permohonan masih disaring

KUALA LUMPUR,– Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bahawa aktivis Tamim Dahari Abdul Razak telah mengemukakan permohonan untuk menyertai parti itu, namun permohonan tersebut masih dalam proses saringan dan belum diluluskan.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata Tamim Dahari menyerahkan permohonan keahlian pada 5 Mac lalu dan kini tertakluk kepada prosedur tapisan parti sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut beliau, setiap permohonan untuk menjadi ahli PKR perlu melalui proses saringan yang telah ditetapkan oleh parti.

“Permohonan keanggotaan dalam KEADILAN tertakluk kepada proses saringan parti sebagaimana yang ditetapkan.

“Untuk penjelasan, Tamim Dahari Abdul Razak telah mengemukakan permohonan menyertai KEADILAN pada 5 Mac 2026. Permohonan tersebut masih dalam proses saringan parti dan belum diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Fuziah turut menegaskan bahawa seperti mana-mana permohonan keanggotaan lain, setiap permohonan perlu melalui prosedur yang ditetapkan sebelum sebarang keputusan dibuat oleh pihak parti.

Tamim Dahari dikenali sebagai seorang aktivis yang sering membangkitkan isu berkaitan tanah dan sensitiviti agama melalui platform advokasi serta media sosial. Beliau juga merupakan pengasas platform TanahMalaya.com yang memberi tumpuan kepada pendedahan isu pencerobohan tanah dan binaan yang didakwa tidak mempunyai kelulusan pihak berkuasa.

Namanya turut beberapa kali menjadi perhatian umum susulan penglibatannya dalam beberapa polemik berkaitan isu tanah dan rumah ibadat yang mencetuskan perdebatan awam.

Perkembangan mengenai permohonan keahliannya ke dalam PKR itu kini menjadi perhatian pemerhati politik, khususnya dalam kalangan netizen yang mengikuti isu-isu berkaitan aktivisme sosial dan politik semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat