Logitech G PRO X2 SUPERSTRIKE tampilkan teknologi klik baharu, ubah landskap peranti e sports

Dunia esports sentiasa berkembang dengan pantas, dan setiap milisaat boleh menentukan kemenangan atau kekalahan. Menyedari hakikat itu, Logitech menerusi divisyen gamingnya, Logitech G memperkenalkan satu inovasi baharu dalam industri peranti permainan dengan pelancaran tetikus gaming terbaharu mereka, Logitech G PRO X2 SUPERSTRIKE.

Didedahkan kepada umum ketika acara Logitech G Play 2025, peranti ini bukan sekadar tetikus gaming biasa. Ia menampilkan teknologi revolusioner dikenali sebagai SUPERSTRIKE, yang direka khusus untuk memberikan kelajuan klik terpantas serta tahap penyesuaian yang lebih tinggi kepada pemain profesional.

Berbeza dengan tetikus konvensional yang menggunakan microswitch mekanikal, PRO X2 SUPERSTRIKE memperkenalkan sistem baharu dikenali sebagai Haptic Inductive Trigger System (HITS). Teknologi ini menggabungkan penderiaan analog induktif dengan maklum balas haptik masa nyata, sekali gus menghasilkan pengalaman klik yang lebih responsif dan tepat.

Pendekatan ini membolehkan pemain menyesuaikan tahap sensitiviti klik mengikut gaya permainan masing-masing. Sama ada untuk permainan tembak-menembak pantas (FPS) atau strategi yang memerlukan ketepatan tinggi, pemain boleh menetapkan titik pengaktifan klik dengan lebih terperinci.

Menurut Pengurus Besar PRO dan SIM di Logitech G, Robin Piispanen, inovasi tersebut memberi kelebihan baharu kepada pemain profesional.

“Kelajuan mencipta detik kemenangan, dan detik kemenangan menentukan keputusan perlawanan. Dengan SUPERSTRIKE, kami bukan sekadar meningkatkan kelajuan klik, tetapi memberi pemain kebebasan menyesuaikan peranti mereka mengikut keperluan sebenar di arena pertandingan,” katanya.

Bagi memastikan teknologi ini benar-benar memenuhi keperluan pemain profesional, Logitech G turut membangunkan tetikus tersebut dengan maklum balas daripada beberapa organisasi esports terkemuka dunia seperti G2 Esports, Natus Vincere dan Bilibili Gaming.

Kerjasama ini memastikan setiap aspek tetikus daripada reka bentuk ergonomik hingga prestasi klik benar-benar sesuai untuk kegunaan di peringkat kompetitif tertinggi.

Salah seorang pemain profesional G2 Esports, Rasmus Winther, yang berpeluang menguji peranti tersebut lebih awal menyifatkan perbezaan prestasinya sangat ketara.

Menurutnya, pengalaman menggunakan tetikus itu terasa seperti perbezaan antara bermain di pelayan internet biasa berbanding persekitaran LAN yang lebih pantas dan stabil.

Selain teknologi klik baharu, PRO X2 SUPERSTRIKE turut dilengkapi dengan sensor terkini Logitech G, iaitu HERO 2, yang direka untuk memberikan ketepatan pergerakan tahap profesional.

Sensor ini menyokong teknologi “Power of 8” yang merangkumi beberapa spesifikasi utama:

  • Polling rate sehingga 8kHz melalui teknologi LIGHTSPEED Wireless, membolehkan tetikus menghantar input ke komputer setiap 0.125 milisaat.
  • 88G acceleration bagi memastikan kawalan stabil ketika pergerakan pantas.
  • 888 Inches Per Second (IPS) untuk mengekalkan ketepatan walaupun semasa pergerakan besar atau “flick” yang pantas.

Tambahan pula, tetikus ini menyokong sehingga 44,000 DPI, membolehkan setiap pergerakan kecil diterjemahkan ke skrin dengan ketepatan yang sangat tinggi tanpa sebarang smoothing atau penapisan tambahan.

Walaupun dipenuhi teknologi canggih, Logitech G turut memastikan keselesaan pengguna tidak diketepikan. PRO X2 SUPERSTRIKE direka dengan berat sasaran hanya 65 gram, menjadikannya antara tetikus gaming profesional yang ringan di pasaran.

Tetikus ini juga dilengkapi kaki tetikus PTFE tanpa bahan tambahan dengan reka bentuk tepi melengkung bagi memastikan pergerakan yang lebih lancar di pelbagai jenis permukaan.

Dari segi ketahanan, baterinya mampu bertahan sehingga 90 jam penggunaan berterusan, membolehkan pemain berlatih atau bertanding dalam tempoh yang panjang tanpa gangguan.

Dengan pengenalan SUPERSTRIKE, Logitech G dilihat cuba menetapkan standard baharu dalam industri peranti gaming profesional. Inovasi ini bukan sahaja menambah baik prestasi tetikus, malah membuka ruang kepada tahap penyesuaian yang lebih mendalam bagi pemain kompetitif.

PRO X2 SUPERSTRIKE dijangka tersedia di pasaran global pada suku pertama 2026, sekali gus memberi peluang kepada komuniti esports untuk merasai sendiri teknologi yang berpotensi mengubah cara pemain bertanding di arena digital.

Di Malaysia, peranti ini juga dijangka boleh didapati di beberapa peruncit terpilih, antaranya:

  1. ALL IT Hypermarket @ 1 Utama Shopping Centre
  2. ALL IT Hypermarket @ IOI City Mall
  3. TMT @ Sunway Pyramid
  4. TMT @ Mid Valley Megamall
  5. PC Image @ Vivacity Megamall

Dalam dunia esports yang semakin kompetitif, setiap milisaat amat berharga dan bagi pemain yang mengejar kemenangan, kelebihan kecil seperti ini boleh menjadi faktor penentu kejayaan.

Dalam dunia esports yang semakin kompetitif, setiap milisaat amat berharga dan bagi pemain yang mengejar kemenangan, kelebihan kecil seperti ini boleh menjadi faktor penentu kejayaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat