Kenapa tanya saya? jawab Anwar mengenai cabaran Muhyiddin

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta enam Ahli Parlimen dan seorang dari Dewan Undangan Negeri Selangor dari parti Bersatu untuk menjawab cabaran yang dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kekosongan tujuh kerusi wakil rakyat PN yang ‘belot’.

Anwar berkata, perkara itu perlu dijawab oleh ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan sendiri yang mana, soalan itu tidak sepatutnya diajukan kepada beliau.

“Kepala parti lompat nak cadang buat? Terpulang kepada ahli Parlimen (itu sendiri), kenapa tanya saya?

“Dia yang pakar pergi lompat dan ‘scheme of things’. Itu dia patut jawab,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini pada Sabtu, memetik Sinar Harian.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Pitchay.

“Orang dah hilang keyakinan kepada Bersatu, terutamanya,” katanya ringkas kepada media.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terbaru, ADUN Selat Klang dari Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat