Sudah Enam Bulan Tidak Tinggal Bersama Isteri – Musa Hassan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya membuka mulut berhubung video tular melibatkan beliau dan isteri.

Tanpa mendedahkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku di sebalik video berkenaan, beliau berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Mahkamah Syariah.

“Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia.

“Ini berkaitan masalah rumah tangga, dia masih isteri saya dan saya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan dengan isteri saya ke Mahkamah Syariah.

“Saya serahkan kepada peguam, saya lebih selesa proses keadilan perlu melalui undang-undang dan mahkamah,” katanya menerusi video sidang akhbar di TikTok pada Khamis.

Beliau pada masa sama menjelaskan, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sahaja berlaku tetapi ia sudah berlarutan hampir tiga tahun.

Malah katanya, mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.

Dalam pada itu, Musa menegaskan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat spekulasi negatif tentang kejadian itu.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak perlu saya memberikan penerangan kepada media tentang apa yang berlaku.

“Saya tak mahu beri keterangan lanjut memandangkan laporan yang dibuat oleh saya dan pihak isteri telah disebarkan. Jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,” katanya.

Sebelum itu, polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat