Penjadualan Semula Peperiksaan SPM 2022 Untuk Calon Terlibat Banjir – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang akan dilaksanakan pada 16 hingga 22 Mac 2023.

Dalam kenyataannya KPM berkata penjadualan semula peperiksaan ini melibatkan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana terkesan dengan bencana banjir dan calon yang disahkan positif Covid-19.

“Penjadualan semula bagi calon yang terlibat akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan yang perlu diduduki akan dimaklumkan oleh JPN kepada calon serta sekolah yang terlibat.

“Calon turut dinasihatkan untuk menghubungi talian bilik gerakan Lembaga Peperiksaan (LP) dan JPN di seluruh negara seperti di Lampiran bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022.

“KPM akan terus memantau situasi banjir dan persediaan dari segi logistik, kesiapsiagaan pusat peperiksaan dan pelantikan petugas peperiksaan bagi memastikan penjadualan semula peperiksaan SPM tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

“KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat