Seramai 166,363 Orang Telah Divaksin – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah divaksinkan setakat semalam (8 Mac), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 25,271 individu, diikuti Pahang (15,521); Selangor (15,357) dan Johor seramai 13,746 orang.

“Kuala Lumpur seramai 13,681 individu; Sabah (13,474); Kelantan (13,149); Perak (12,952); Kedah (9,358); Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487); dan Negeri Sembilan (5,981).

“Sementara di Melaka seramai 4,411 orang; Perlis (3,062); Putrajaya (2,573) dan Labuan seramai 2,259 individu telah divaksin,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitternya, hari ini.

Pada 24 Feb lepas, PICK dilancarkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat