5 saman trafik pelajar menghina guru

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengeluarkan lima saman trafik terhadap dua pelajar yang membonceng motosikal dan menconteng belakang baju sekolah dengan perkataan kesat terhadap guru.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung tindakan pelajar berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua pelajar terbabit dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

“Saya menasihatkan kepada pelajar sekolah supaya menjaga kelakuan dan jangan menunjukkan sikap biadap. Generasi muda pada hari ini tidak sepatutnya menunjukkan perbuatan sedemikian dan pada masa sama menjadi ingatan kepada ibu bapa supaya memainkan peranan memastikan kelakuan anak-anak sama ada berada di sekolah atau luar rumah.

“Selain itu, tanamkan juga semangat cintakan guru sebagaimana kita menyayangi seseorang dan saya meminta remaja di luar sana supaya belajar daripada kesilapan orang lain,” katanya pada media selepas pemantauan kehadiran pelajar semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial menyaksikan tiga individu yang menunggang membabitkan dua motosikal dan pelajar lelaki dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki peperiksaan memakai baju sekolah dengan tulisan menghina guru dengan seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, tahap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah di seluruh Kelantan berada pada tahap memuaskan.

“Bermula pada minggu lalu hingga sekarang, saya melihat dan menerima beberapa laporan, jadi saya boleh katakan sekolah di seluruh Kelantan patuh SOP dan saya berpuas hati.

“Bagaimanapun, saya juga akan turun ke sekolah-sekolah dengan lebih kerap untuk memantau pematuhan SOP di sekolah dan membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu selain pelajar juga perlu faham apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat