Balkisyh seronok jual buah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Orang nak cakap apa pun, saya tak kisah asalkan boleh menjana pendapatan sampingan,” kata pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34.

Balkisyh yang popular menerusi drama Mak Cun ditemui ketika membuat penghantaran buah kundang yang dijualnya kepada pelanggan di Desa Pandan, di sini, semalam.

Katanya, dia memang gemar berniaga dan tidak kisah dilabel sebagai pelakon sendu kerana menjalankan perniagaan buah-buahan.

“Sejak dari tahun lalu, saya memulakan perniagaan buah-buahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

“Pada awalnya saya hanya menjual harumanis yang diambil dari Perlis tetapi sekarang pelbagai jenis buah-buahan dijual termasuk kundang dan jambu bergantung kepada musim atau permintaan.

“Musim harumanis sudah bermula dan pada pertengahan bulan ini, buah itu dijangka mula dipasarkan. Paling seronok kerana buah itu sudah mendapat tempahan awal pelanggan,” katanya.

Menurutnya, dia berniaga bukan sekadar untuk menambah pendapatan tetapi pada masa sama membantu penggemar buah tempatan termasuk peminatnya mendapatkan buah yang berkualiti pada harga berpatutan.

“Kebetulan saya ada mengenali pemilik kebun dan pengeluar buah-buahan itu di Perlis, jadi saya dapat memborongnya dengan harga yang rendah sekali gus menjualnya pada harga berpatutan.

“Bagi pelanggan di sekitar Kuala Lumpur, saya akan menghantar sendiri buah yang dibeli kepada mereka.

“Alhamdulillah, lebih 50 peratus pelanggan tetap saya terdiri daripada peminat dan pengikut di media sosial,” katanya.

Balkisyh berkata, dia akan terus berniaga kerana pendapatan hasil daripada peniagaan yang dijalankan banyak membantu menampung keperluannya sekeluarga.

“Selain berniaga buah-buahan, saya juga mengeluarkan minyak wangi sendiri selain menjadi jurucakap produk makanan tambahan,” katanya.

Bercerita mengenai perjalanan seninya, Balkisyh berkata, dia menjalani penggambaran untuk tiga ‘telemovie’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa.

“‘Telemovie’ bertajuk Misteri Mona akan ditayangkan pada pertengahan Mac ini di TV3 manakala ‘telemovie’ bertajuk Raya Hampir Tak Jadi sedang dalam proses penggambaran.

“Paling gembira dan terharu kerana selepas 10 tahun, saya diberikan kepercayaan semula untuk memegang watak utama di samping pelakon berpengalaman Norlia Ghani dalam ‘telemovie’ Bukan Serapuh Mimpi di bawah arahan Mak Mi.

“Walaupun sudah tiga tahun terkenal dengan watak komedi tetapi saya tetap diberi kepercayaan untuk membawa watak berat dan sedih dalam ‘telemovie’ berkenaan,” katanya yang bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni masih berterusan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat