Jika diiktiraf UNESCO, automatik penduduk Cina dianggap orang asal- Umno bantah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan, Nga Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tujuannya adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi Umno berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.

Jelas Asyraf, apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.

“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

“Nga Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu,” tegas beliau memberi ingatan.

Menurut Asyraf lagi, cadangan seumpama ini hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dikalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri.

“Umno kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan.

“Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang menggangu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam perlembagaan,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat