Siri vivo X90 catat rekod jualan tertinggi

- Advertisement -

JENAMA telefon pintar vivo baru-baru ini melancarkan siri mercu X90 secara rasmi di pasaran Malaysia.

Siri telefon pintar fotografi ini mendapat sambutan hebat daripada pengguna tanah air apabila berjaya mencatatkan rekod jualan tertinggi bagi jenama vivo.

Pada hari pertama jualan, siri vivo X90 menunjukkan peningkatan trafik berbeza di kedua-dua platform dalam dan luar talian sekali gus melonjakkan populariti peranti ini.

Dalam masa sama, siri X90 turut mendapat maklum balas positif daripada media dan pencipta kandungan termasuk kehebatan peranti ini memproses foto dengan pantas serta dapat memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar mercu yang premium.

Sebagai peranti pertama dilancarkan di Malaysia yang dilengkapi kamera utama ZEISS satu inci, siri X90 turut hadir dengan sistem dwi cip terdiri daripada Dimensity 9200 dan cipset V2 yang dibangunkan oleh vivo.

Teknologi yang hadir dalam siri ini menjadikan siri vivo X90 setanding dengan kamera profesional lain di pasaran.

Telefon pintar fotografi mercu siri vivo X90 kini boleh didapati di premis fizikal vivo serta platform dalam talian vivo estore.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.vivo.com/my dan ikuti Facebook rasmi vivo Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat