Faizal bertutur bahasa Arab dalam filem Imam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktor berpengalaman, Faizal Hussein mencabar diri bertutur dalam bahasa Arab bagi menjayakan filem adaptasi novel Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain berjudul Imam yang akan ditayangkan di pawagam pada 2 Mac depan.

Biarpun tidak pernah mempelajari bahasa Arab, aktor berusia 55 tahun itu tetap memahami tugas dan tuntutan sebagai pelakon. Paling penting, sentiasa mencabar diri dengan tugasan baharu.

Faizal yang juga pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) pada 2013 itu berkata, dia nekad mengikuti beberapa siri kelas bahasa Arab sebelum dan semasa penggambaran dijalankan.

“Ada beberapa babak dalam filem Imam memerlukan saya bertutur dalam bahasa Arab. Disebabkan itu, saya perlu belajar dan mengikuti beberapa kelas.

“Saya ada belajar dengan seorang kru yang fasih berbahasa Arab. Dia mahir dalam ilmu agama.

“Disebabkan itu, kru itu berada dalam bahagian produksi, maka sepanjang penggambaran, dialah banyak mengajar saya bertutur dalam bahasa Arab dengan betul.

“Kru itu juga memastikan cara pemakaian bilal dan imam dalam filem ini betul,” katanya kepada BH Online.

 

Faizal tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri bertutur bahasa Arab biarpun ia sangat asing buatnya. - NSTP/Aziah Azmee
Faizal tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri bertutur bahasa Arab biarpun ia sangat asing buatnya. – NSTP/Aziah Azmee

 

Selain itu, Faizal menjelaskan, dia tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri bertutur bahasa Arab biarpun ia sangat asing buatnya.

“Saya tak pernah belajar bahasa Arab, membaca tulisan jawi pun saya tidak begitu mahir.

“Namun, akhirnya saya mampu menjayakan babak yang memerlukan dialog bahasa Arab dengan baik. Ia adalah perkara biasa dalam bidang lakonan,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi pelakon filem Imam di Studio NSTP, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai filem Imam, Faizal menggalas watak antagonis bernama Haji Syamsuri yang menentang pembaharuan cuba dibawa ke kampungnya oleh Haji Mihad (Datuk M Nasir).

Pembaharuan ingin dibawa Haji Mihad turut ditentang oleh penduduk kampung dan saudara-maranya sendiri. Malah, Haji Mihad didakwa membawa ajaran baharu yang agak asing sehingga mendapat perhatian pihak majlis agama.

Selain Faizal dan M Nasir, filem Imam turut dibintangi Vanidah Imran, Datin Natasha Charmaine, Datuk Jalaluddin Hassan, Omar Ibrahim, Sophia Ibrahim dan ramai lagi.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat