SOP kuarantin tak adil buatkan susah nak kawal pandemik Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Pengecualian kuarantin ini membuktikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak adil dan akan melemahkan usaha untuk mengawal pandemik Covid-19, kata Gabungan Kesihatan Malaysia.

Dalam satu kenyataan media bersama 20 pertubuhan kesihatan ini berkata, SOP yang tidak berpandukan sains dan bukti akan menghakis keyakinan terhadap SOP.

Katanya, penguatkuasaan SOP dua darjat akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik semakin merosot.

“Profesional kesihatan tidak mampu melawan Covid-19 tanpa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem kesihatan.

“Gabungan Kesihatan Malaysia amat kecewa dengan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang berkesan mulai 9 Februari 2021.Perintah tersebut menyatakan Menteri Kabinet yang kembali dari lawatan luar negara perlu menjalani kuarantin tiga hari berbanding 10 hari kuarantin diwajibkan kepada rakyat biasa,” katanya.

Justeru, Gabungan Kesihatan Malaysia mendesak agar Perintah Pengecualian ini dibatalkan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat