PM umum 19 anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh 19 anggota diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Nama lain yang disenarai ialah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.

“Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, pakar bedah jantung, Tan Sri Dr. Yahya Awang.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Tan Sri Ter Leong Yap, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr. R. Palan, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara, Dato’ Setia Sallehuddin Saidin,.
Mufti Perlis, Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; pakar kesihatan awam, Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Sri Rohani Abdul Karim; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” menurut kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat