Liga Malaysia: KBS tawar geran RM7 juta setiap negeri naik taraf saliran, tanaman rumput stadium

- Advertisement -

ISKANDAR PUTERI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan pemberian geran berjumlah RM7 juta kepada setiap negeri bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput sebagai persediaan menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata, perkara itu menjadi keutamaan setelah perubahan jadual Liga Malaysia yang berubah dan pasukan akan bermain ketika musim hujan.

Oleh itu katanya, dengan pemberian geran sebanyak RM500,000 kepada setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan akan membantu pasukan menyediakan venue yang lebih baik dan tidak mengganggu perjalanan liga disebabkan padang banjir.

“Justeru, KBS menawarkan Geran berjumlah RM500,000, daripada jumlah itu RM300,000 adalah untuk naik taraf saliran dan selebihnya untuk geran penanaman rumput yang dibayar kepada negeri.

“Oleh itu, bagi setiap negeri yang mengambil pemberian geran itu perlu menunjukkan komitmen itu dan mampu melakukan penambahbaikan itu sebelum Liga Malaysia 2024-2025.

“Bagi setiap negeri yang mengambil geran itu, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati untuk mengurniakan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada setiap pasukan bagi menampung kos penyelenggaraannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, di sini hari ini.

Tunku Ismail turut berkenan berangkat ke Mesyuarat berkenaan tetamu khas dengan diiringi Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, MFL Stuart Ramalingam. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat