Terdapat cubaan menakutkan Hakim – Ketua Hakim Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersuara menentang percubaan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan badan kehakiman dalam kes politik yang dibicarakan tahun lepas.

Beliau menggesa para hakim untuk terus mmembuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Bagaimanapun, Tengku Maimun tidak mendedahkan siapa pihak yang dimaksudkannya itu.

“Tahun lalu, cubaan untuk menakut-nakutkan atau sebaliknya memberikan tekanan yang tidak wajar terhadap hakim yang mengetuai kes kepentingan awam semakin ketara.

“Percubaan ini adalah penghinaan langsung terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.

Mereka sememangnya patut dikutuk dan sememangnya ramai yang dengan tegasnya bersuara menentang mereka.

“Adalah tidak wajar (mischievous) bagi sesiapa yang cuba memburukkan imej Mahkamah dan mencemarkannya melalui kritikan yang tidak adil, berat sebelah dan sering kali tidak disedari hanya kerana mereka tidak menyukai keputusan tertentu,” katanya semasa ucapan pada Tahun Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Isnin.

Jelas beliau lagi, pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.

“Bila mahkamah mendengar kes melibatkan tokoh-tokoh, personaliti tertentu, pandangan awam lebih tertumpu lebih daripada kes biasa.

“Jadi dalam keadaan ini apa yang saya dapat perhatikan adalah melibatkan tokoh-tokoh tertentu, komen-komen yang diberi (terhadap) penghakiman mahkamah agak keterlaluan dan berat sebelah, tidak objektif dan berbaur politik,” katanya.

Tambah Tengku Maimun, meskipun berdepan pelbagai kecaman, namun beliau berkata sokongan daripada semua pihak termasuk rakyat amat dihargai.

“Bukan komen-komen membina seumpamanya diadakan suatu ‘intellect discourse’, ini lebih kepada apa saya rasa rasakan sentimen politik.

“Untuk menyatakan penghargaan kepada semua yang beri sokongan kepada kami sepanjang kita telah melaksanakan memutuskan kes-kes melibatkan tokoh-tokoh tertentu.

“Memang betul setiap keputusan yang mahkamah dan kes mahkamah putuskan ada pihak berpuas hati dan tidak puas hati,” katanya lagi.

Mengulas lanjut ujar Tengku Maimun, beliau sendiri turut tidak terkecuali mendapat ugutan bunuh, namun kebebasan badan kehakiman lebih penting daripada itu.

“Yang menjadi luar biasa melibatkan tokoh-tokoh tertentu adalah kecaman itu agak luar biasa, saya sendiri pun mendapat ancaman bunuh serius atau tidak itu soal lain.

“Di masa sama kita melihat sokongan begitu luar biasa yang beri sokongan badan kehakiman. Untuk itu, saya menyatakan penghargaan kami atas sokongan masyarakat memahami sebenarnya dalam setiap keputusan kita buat,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat