Raja Arab Saudi Terima Suntikan Vaksin COVID-19

- Advertisement -

NEOM: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz terima suntikan pertama vaksin COVID-19 selepas program vaksinasi dimulakan di negara itu.
Media tempatan melaporkan Raja Salman menerima suntikan vaksin di bandar Neom pada Jumaat.

Sebelum ini Arab Saudi melancarkan kempen vaksinasinya sejak Disember lalu selepas menerima hantaran pertama ratusan ribu vaksin.

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan lebih setengah juta rakyatna mendaftar untuk mengambil vaksin Pfizer-BioNTech sejak pendaftaran dilancarkan pada 15 Disember lalu.

Malah, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman menerima suntikan dos pertama vaksin pada 26 Disember lalu.

Arab Saudi membuka pusat vaksin COVID-19 di Jeddah pada Khamis, sekali gus menjadi kemudahan inokulasi kedua di negara itu selepas Riyadh.

Pada Jumaat, 97 kes positif baharu direkodkan di negara itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 363,582 – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat