Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh?

- Advertisement -

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat.

Gagasan politik yang membabitkan tiga gabungan parti besar dalam kerajaan, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini mempunyai 112 kerusi pada Disember lalu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaliegh Hamzah telah beberapa kali menyatakan akan menarik semula sokongan terhadap kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dengan pengumuman Ahmad Jazlan ini dan pendirian Ku Li, kedudukan terkini Kerajaan Perikatan Nasional adalah 110 orang dan yang tidak menyokong juga 110 orang. Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah 220 orang setelah Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia.

Berita lanjut menyusul

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat