Enam warga asing ditahan disyaki seludup 138,982 liter diesel bersubsidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Enam warga asing ditahan disyaki terbabit sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya merampas sejumlah 138,982 liter diesel dalam serbuan itu.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM14.3 juta membabitkan diesel termasuk pam minyak serta hos ditemui dalam serbuan ke atas sebuah kapal minyak.

“Serbuan dijalankan Sel Risikan Utama Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) yang berperanan menangani isu penyelewengan barangan kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hazani berkata, pasukan sama merampas diesel bersubsidi bernilai RM73.08 juta menerusi 66 serbuan di seluruh negara sejak 1 Januari lalu.

Pihaknya juga menahan 240 orang yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu di seluruh negara sepanjang tempoh sama.

“KDNKA komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan bersubsidi bagi memastikan hasil negara dilindungi dari ketirisan.

“Orang ramai dikehendaki menyalurkan maklumat kepada polis agar kegiatan jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat