Tiada parti dapat yakinkan Sultan Perak, pelantikan MB baharu ditangguh

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kemelut politik di Perak belum menampakkan ada kesudahan hari ini bila tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, keadaan itu sekaligus gagal meyakini Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik Menteri Besar Ke-14.

“Oleh kerana DYMM masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.

“Oleh kerana itu, DYMM belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak.

“Kita akan tunggu sehingga mereka sudah bersedia untuk meyakinkan DYMM dan DYMM berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi menghadap Sultan Nazrin.

Ia disusuli pemimpin dari UMNO Perak iaitu Pengerusi Perhubungan negeri ini, Datuk Saarani Mohamad dan Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kemelut politik negeri itu bermula selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul keyakinan yang dikemukakan pada sidang DUN, Jumaat lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat