Hasnul Tandatangan SD Sokong Saarani Jadi MB?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dipercayai telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baru.

Sumber Bersatu memberitahu, Hasnul dipercayai telah menghadap Sultan Nazrin Shah hari ini secara sendirian tanpa menunggu keputusan partinya iaitu Bersatu.

Terdahulu media melaporkan Hasnul mengesahkan beliau dititah menghadap Sultan Perak, pagi tadi.

Hasnul Zulkarnain berkata, beliau menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pada jam 11.50 pagi dan berlangsung selama kira-kira 10 minit.

Beliau berkata, pertemuan itu mempunyai kaitan dengan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Saya hanya dipanggil seorang sahaja, tidak menerima arahan mewakili Bersatu,” katanya memetik laporan Bernama.

Untuk rekod, Hasnul menyertai Bersatu pada 3 Jun lepas.

Sebelum itu, beliau merupakan wakil rakyat Bebas selepas meninggalkan Amanah pada 9 Mac susulan penjajaran politik di Perak yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH).

Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan pada Sabtu setelah gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar semasa Persidangan DUN sehari sebelumnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat