Gerak Khas : ‘Inspektor Jeslina’, ‘Inspektor Mazlan’ kongsi pengalaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenangan menjayakan drama bersiri kepolisan Gerak Khas yang bakal menutup tirai dengan musim terakhir di TV3, masih berbekas kepada Haliza Misbun dan Datuk AC Mizal.

Haliza menyifatkan pengalaman melakonkan watak Inspektor Jeslina dalam drama bersiri terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu antara momen terindah dalam karier seni.

“Sepanjang 28 tahun karier seni, itulah antara momen terindah.

 

Watak Inspektor Jeslina lakonan Haliza dalam Gerak Khas berjaya menimbulkan kebencian penonton.
Watak Inspektor Jeslina lakonan Haliza dalam Gerak Khas berjaya menimbulkan kebencian penonton.

 

“Bukan sahaja watak Inspektor Jeslina tidak klise berbanding watak lain dalam drama bersiri itu, malah, saya bertuah terpilih berlakon dalam produksi milik pengarah dan penerbit legenda, Datuk Yusof Haslam,” katanya kepada BH Online.

Haliza teringat ketika mula menerima tawaran Yusof, pelbagai perkara didengari mengenai pemilik Skop Productions itu.

“Bermacam-macam pandangan saya dengar terutama yang bersangkutan dengan ketegasannya sebagai penerbit dan pengarah.

“Namun, selepas hampir setahun bersama Gerak Khas, terbukti Yusof bukan sahaja pemurah, malah sangat bertimbang rasa terhadap artis di bawah naungan termasuk kru,” katanya.

Haliza mengucapkan terima kasih kepada Yusof yang mencipta watak Inspektor Jeslina untuknya.

“Biarpun ketika itu mengundang kebencian penonton, saya menerimanya sebagai tanda positif bahawa watak itu berjaya disempurnakan mengikut skrip.

“Watak itu hanya semusim. Ketika itu, saya tidak betah untuk bekerja dalam sesebuah projek yang mengambil masa panjang,” katanya.

Sementara itu, artis serba boleh, Datuk AC Mizal bangga dapat menjadi pelakon asal Gerak Khas.

“Saya bangga menjadi antara pelakon asal dan terawal dalam drama yang terpanjang itu.

 

AC menjadi antara pelakon asal Gerak Khas yang mula ditayangkan pada 1999. Foto IG AC Mizal
AC menjadi antara pelakon asal Gerak Khas yang mula ditayangkan pada 1999. Foto IG AC Mizal

 

“Suatu pengalaman berharga terbabit dalam drama bersiri itu untuk beberapa musim,” katanya.

AC berkata, watak Inspektor Mazlan yang dibawa terus menjadi kenangan terindah dalam karier seninya.

“Pantas masa berlalu… Sudah 20 tahun usia drama itu.

“Saya pernah ditawarkan untuk kembali memeriahkan musim baharu Gerak Khas, tahun lalu.

“Namun, terpaksa menolak dengan baik kerana terikat dengan komitmen kerja lain,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat