Krisis Perak: UMNO Tunggu Keputusan PAS, Bersatu Malam Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO sedang menunggu keputusan PAS dan Bersatu sebelum membentuk kerajaan negeri Perak.

Menurut Ahmad pihaknya telah menerima surat makluman daripada Setiausaha kedua-dua parti itu sebentar tadi.

“Insyallah saya telah menerima surat balas (PAS dan Bersatu) dan mereka makluman akan memberikan keputusan parti sama ada menyokong pembentukan kerajaan negeri Perak atau sebaliknya.

“Keputusan akan diketahui selewat-lewatnya malam ini (Selasa),” katanya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi.

Terdahulu Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria memaklumkan parti itu telah membatalkan rancangan untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, pada jam 3 petang tadi di Istana Kinta, Ipoh

“Ya (batal),” katanya semasa diminta mengesahkan perkara itu.

Keputusan tersebut dikatakan kerana PAS Perak masih belum mendapat sebarang arahan daripada pimpinan tertinggi parti itu.

Untuk rekod Sultan Nazrin sebelum ini mengeluarkan titah agar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada PAS dan Bersatu datang mengadap baginda untuk mempersembahkan pendirian masing-masing terhadap calon menteri besar yang dicadangkan UMNO.

Sementara itu DAP Perak sebentar tadi berkata parti itu sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil di negeri itu.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming keputusan itu bagi membuktikan parti itu bukan anti Melayu dan atau anti Islam serta mengambil kira situasi di Perak di mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang stabil berikutan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Jumaat lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat