Anggota Malbatt cedera di Lubnan – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Menteri Pertahanan Khaled Nordin memberitahu enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-12) cedera terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang Lubnan pada kira-kira 2 petang waktu tempatan.

Menurut laporan Bernama, Khaled mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.

Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 Nov ini.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat