Seminggu isytihar sokong Anwar peruntukan masuk – MP Labuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Oktober lalu.

Beliau berkata, peruntukan diterima itu secara pro rata namun enggan mendedahkan jumlahnya.

“Betul, dah dapat kelulusan, tunggu atur akaun bank untuk pusat khidmat rakyat, memang betul, memang dia (kerajaan) bagi.

“(Peruntukan) dia bagi ikut kelayakan, bagi ‘prorate’…yang penting saya dapat, takkan saya nak bohong kan,” lapor FMT.

Beliau turut mendakwa berada di Pejabat Perdana Menteri untuk menguruskan kaedah perbelanjaan wakil rakyat yang sebelum ini terhad kepada penyokong kerajaan.

Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Bersatu itu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik di sana.

Susulan tindakannya, Suhaili digantung keahlian selama enam tahun dalam keputusan dibuat Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang bersidang semalam.

Sementara itu di Dewan Rakyat, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mempersoalkan tindakan Putrajaya yang memberikan peruntukan kepada Suhaili, selepas menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Saya ucap tahniah Ahli Parlimen Labuan, semalam beliau diluluskan peruntukan untuk kawasannya, jadi setelah beliau nyatakan sokongan kepada Anwar, beliau diberikan peruntukan.

“Jadi adakah seolah-olah kena nyatakan sokongan terlebih dahulu baru kita dapat peruntukan, jadi ini perkara yang saya rasa tak tepat dengan hasrat dan demokrasi yang kita julang selama ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat