‘SEARCH Voyage of Asia’ bakal berlangsung pada 25 November di JB

- Advertisement -

Search dan XPDC dua kumpulan rock yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam arena muzik rock tanah air. Kedua dua kumpulan rock gergasi hebat ini bakal digabungkan di atas satu pentas yang diberi nama ‘SEARCH VOYAGE of ASIA’ dan penampilan khas Kumpulan XPDC, konsert ini berlangsung pada 25 November 2023 bertempat di Educity Sports Complex Johor Bahru.

Peminat rock khasnya pasti tidak akan tinggalkan peluang untuk melihat sendiri kedua dua  kumpulan legend rock ini beraksi di atas satu pentas, Konsert yang akan berlangsung selama 2 jam setengah itu akan menyaksikan satu persembahan yang bertenaga dan bakal mengegarkan Educity komplax sukan JB nanti.

Pihak penganjur C&M berhasrat untuk menyempurnakan misi mereka iaitu mengumpulkan seramai munkin komuniti rock yang luar biasa dan berhibur dan meninggalkan nostalgia yang tidak akan dilupakan oleh mereka, konsert itu juga akan memberi  pengaturan pentas yang profesional dan penggunaan teknologi bunyi dan cahaya yang canggih.

Program ini diharap dapat memperkuatkan hubungan sosial dalam komuniti serta membentuk satu jaringan yang positif bagi muzik rock. Bersempena dengan konsert ini juga, satu aktiviti perkumpulan telah dirancang bagi menambah kemeriahan penganjuran konsert iaitu ‘Hari Rock Negara Edisi Selatan”.

Hari Rock Negara bertujuan diadakan bagi menjadi tempat pekumpulan peminat peminat muzik rock negara. Bermula pada tahun 2022 Hari Rock Negara telah membuktikan pentingnya ia sebagai sebuah acara rock yang significant dengan lebih 16,000 orang pengunjung pada pertama kali dia adakan.

Program ini tampil dengan pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan usahawan tempatan, pelancaran album, forum kartun dan rock, qasidah, wayang pacak, showcase serta Acara Battle of The Bands.

Mempunyai visi yang sama pada tahun kedua penganjuran, Hari Rock Negara Edisi Selatan ini akan bekerjasama dengan pihak C&M untuk menganjurkan Festival Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada 24 & 25 November 2023 di perkarangan Educity Sports Complex, Di kemuncak acara Festival Hari Rock Negara akan menampilkan Konsert Ulung SEARCH VOYAGE of ASIA dan penampilan khas Kumpulan XPDC.

Di program itu nanti akan datu majlis pengiktirafan , Anugerah kepada artis artis rock negara yang terpilih mengikut kategori yang akan diumumkan kemudian.

Undian dari public juga akan di ambil kira, Undian ini hanya akan di buat di Radio Internet Bapakku FM.

Buat julung kali juga, ‘ROCK KARPET akan diadakan bagi menghargai dan memberi kemeriahan kepada VOA ini.

Tiket tiket dijual mengikut kategori zon seperti di bawah.
RM98 (Voyage Zone)
RM 158 (Rock Zone)
RM 238 (Legend Zone)
RM 398 ( VIP Zone )

Tiket iket boleh didapati secara online melalui pembelian di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31727 atau boleh dibeli secara fizikal di C&M Music Centre Plaza Pelangi & Plaza Angsana Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru seperti tarikh di bawah :

10 November 2023 ( Jumaat )- Inhal Fest Taman Universiti JB -9:00pm
Pasar Karat Johor Bahru – 11:00pm BBC Corner Larkin -9:00pm

11 November 2023 (Ahad )
The M Restaurant Bandar Baru Uda -11:00pm Kluang Mall-3:00pm

18 November 2023 (Sabtu )
Batu Pahat Mall8:00pm Plaza Angsana Johor Bahru – 3:00pm

19 November 2023 (Ahad )
Para pembeli tiket VIP juga akan menerima pelbagai cenderahati menarik Search Voyage of Asia seperti t-shirt, lanyard, bandana, poster dan pass istimewa berjalan melalui Rock Karpet .

Manakala untuk semua pembeli tiket (semua kategori) juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah gitar elektrik jenama Bacchus pada malam itu nanti. Pemenang akan diumumkan di akhir konsert nanti.

Pihak penganjur juga turut berterima kasih kepada barisan rakan kerjasama dan penaja yang telah sudi memberikan komitmen kepada Konsert Search Voyage of Asia featuring XPDC yang akan berlangsung pada 25th November 2023 ini. Antara barisan rakan Kerjasama dan penaja seperti berikut :
1) Tourism Malaysia
2) Nature Asia
3) Ibis Hotel
4) Atria Shopping Gallery Damansara Jaya
5) Bapakku FM
6) Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
7) Chenta Relektro & Kombatt Records
8) Syria Care ( NGO partners untuk kutipan Tabung Search XPDC Voyage of
Asia for Palestine )

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat