Sanusi dakwa tindakan empat MP PN sokong Anwar didalangi broker politik

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tidak mustahil tindakan empat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi ‘broker politik’.

Memetik laporan Sinar, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, ini kerana broker politik sentiasa wujud sepanjang zaman untuk mengucar-kacirkan politik bagi memastikan kuasa kekal kepada parti tertentu.

Menurutnya, sudah menjadi tugas pihak terbabit untuk mendekati wakil rakyat yang disasarkan dengan menawarkan habuan agar mereka beralih sokongan.

“Sepanjang zaman memang ada broker politik sebab itu memang kerja dia untuk kekalkan bos (pemimpin) dia berkuasa, kerja dia buat urusan ‘beli’ wakil rakyat.

“Sesiapa yang tak mampu bertahan dengan cubaan, dugaan atau cabaran pasti tewas. Sebab itu wakil rakyat perlu tahan lasak dan sabar berdepan ujian,” katanya.

Tambah Menteri Besar Kedah itu lagi, pihak tersebut menjerut ahli Parlimen daripada pembangkang untuk beralih sokongan secara licik.

“Isu utama dibangkitkan ialah ketiadaan peruntukan untuk berkhidmat di kawasan masing masing. Mereka gunakan teknik seperti ganggu kemudahan asas (air, elektrik).

“Ibarat di Gaza, rakyat dipotong ubat, hospital dibom, nak bagi rakyat Palestin mengalah. Situasi berbeza namun strategi sama. Itulah cara menjerut hingga empat pemimpin sudah mengalah,” ujarnya.

Dalam laporan sama, ditanya sama ada terdapat ura-ura ahli Parlimen PN dari Kedah akan ikut jejak empat wakil rakyat Bersatu tersebut, Sanusi tegaskan, ia terserah kepada ketahanan wakil rakyat masing-masing.

“Setakat ini tak ada dengarlah khabar macam itu. Saya serah kepada ketahanan jiwa masing masing. Kalau ahli Parlimen bersikap seperti itu, penggal hadapan tak akan dipilih jadi calon, tak kan nak pilih lagi orang macam itu sebab pemikiran dia singkat,” jelasnya.

Sanusi yakin ahli Parlimen Pas tidak akan terpengaruh dengan tindakan beralih sokongan kerana ahli parti itu telah dilatih untuk ketahanan diri yang kuat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat