PDRM kumpul maklumat termasuk berkaitan isu ejen Mossad Israel – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumpul maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini, susulan kelantangan Malaysia berkaitan isu Palestin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata, keselamatan dan ketenteraman negara adalah di bawah bidang kuasa polis mengikut Seksyen 3 Akta Polis 1967.

“Kita (PDRM) akan mengumpulkan sebanyak mana maklumat melalui risikan termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau espionage (pengintipan).

“Sekiranya kita mempunyai maklumat itu, tangkapan akan dibuat,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan susulan banyak ugutan diterima kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.

Pada 24 Oktober lalu, Anwar menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat